Pages

UNDOUKAI 10.10.10

Ramai orang kata tarikh 10.10.10 nie tarikh keramat. Tak ada yang keramatnya dan kita telah diajar oleh Agama kita ISLAM untuk tidak mempercayai benda2 khurafat macam nie.. Bila cerita saja bab tarikh keramat, walaupun dah lebih 20 tahun berlalu tetapi masih segar diingatan bilamana ramai kaki judi yang telah rugi besar pada 8-8-1988 kerana menyangkakan tarikh 8.8.88 sebagai tarikh keramat dan pakat ramai-ramai membeli nombor ekor 4 digit 8888. Yang kayo taukey judi, kaki judi rugi besar time nie sebab no 8888 nie langsung tak naik, hahaha padan muka kaki judi. Tapi kali nie bukan nak cerita pasai judi atau tarikh keramat, cuma nak cerita apa yang kami sekeluarga buat pada tarikh 10.10.10 nie dimana kebanyakan masyarakat Jepun (yang ada anak sekolah la...) telah menyambutnya. Siap bagi cuti lagi pada hari Isnin tu sempena majlis ni. Program yang dimaksudkan adalah UNDOUKAI atau diterjemahkan kedalam bahasa yang lebih mudah difahami oleh manusia sejagat adalah SPORT DAY.

たのしい うんどうかい - Bergembira dihari sukan..

Ini la kali pertama bagi kami menyertai acara うんどうかい nie. Last year bila sampai sini acara nie dah lepas. Anjuran NAJIMA HOKUEN tempat Qistina, Aqil dan Ain bersekolah. Banyak aktiviti dan program untuk anak dan family serta kanak2 yang baru menempuh alam persekolahan di elementary school macam Qaisara. Jom kita tengok apa terjadi pada hari tersebut.

Ini adalah rentetan peristiwa yang bermula dari jam 10.00 pagi dan berakhir jam 2.30 petang....

Ini Aqil bukan tentera Jepun yang attack MALAYA dulu.. Tengah beratur melaporkan diri di khemah yang dikhaskan untuk team dia.

Tina juga tengah beratur untuk melaporkan diri dikhemah team dia. Tersenyum riang dengan topi ala-ala tentera NIPON ketika NIPON attack MALAYA..

Angah dan kawan2 dia di beri penghormatan untuk mengiringi yang lain menyanyi lagu UNDOUKAI. Dia la yang paling bersemangat sekali siap angkat2 tangan

Ini acara pemanas badan, lari setempat

Ini la Aqil ada masa rehat sekejap pun dah cukup untuk dia main pasir...

Acara dihentikan seketika untuk bagi laluan perarakan masuk ibu2 dan anak2 dibawah 4 tahun. Saksikan perarakan masuk Ummi dan adik Ain.

melangkah penuh bergaya adik ain nie..

oohh.. rupanya hanya seketika.. hahahah kali ini didukung bergaya oleh Ummi la pula

Acara UNDOKAI sudah bermula.. saksikan detik-detik indah bersukan..

Oh Aqil .. jauh ketinggalan. Tak apa tahun depan cuba lagi

Ini acara pusing di kalang besi

Entah apa yang dia duk perhati pun tak tau la.. may be duk tgk apesal lambat sangat kawan2 lain nie

Angah dengan acara melentur badan.. ini orang tua2 dah pesan lentur buluh biar dari rebung.. ini rebung yang sedang di lentur

Ini pula acara regang tangan dan kaki la pula

Nampak gaya, game dihentikan seketika bagi berehat untuk makan tengah hari dan memberi laluan untuk family yang hadir mengambil bahagian dalam acara tarik tali beramai-ramai. lihat la badang-badang fukuoka bertarung..

Peserta ambik tempat masing-masing.. Qaisara pun nak join juga

tarik jangan tak tarik. Perasan tak amoi baju putih kat depan tu siap pakai high heel.. itu faktor penyumbang kepada kejayaan team kami hahahah..

Semua gelak besar sebab dah menang... mmg fun habis la.. たのしい

Acara bersambung kembali dengan beberapa aktiviti meliatkan bekas pelajar dan ahli kelaurga serta sensei2 di Najima Hokuen.

Qistina dengan larian berhalangan...

halangan seterusnya yang ditempoh oleh Qistina

Acara diteruskan dengan acara untuk bekas pelajar... seperti Qaisara.

Qaisara dan member kamcing dia dari dulu lagi Yamada

golek lagi sampai menang...

Next event adalah acara lari berganti2 yang disertai oleh sensei2 dan kalangan ibubapa yang terpilih..
Lihatlah bertapa bersemangatnya mereka nie berlari...

Ini salah seorang otosan.. yang mewakili pasukan merah iaitu team Qistina. Dari awal lagi memang bersemangat bro nie..

Ini pula wakil kumpulan hijau.. lari laju sikit la bro....

Ini sensei adik ain nie . Memang cun, lari sambil kepam mulut... hahaha

Yang nie pula Kato sensei.. selalu belajar Malay go dengan Qistina

Tiba ke acara terakhir.. iaitu membentuk formasi..

Qistina sedang membentuk formasi dengan rakan-rakan yang lain..

Ini hasil yang telah diperolehi..

Tamat sudah ...dengan formasi adalah yang terakhir

Masih banyak gambar yang tak dapat nak di letakkan disini pada kali ini.. ini adalah sebahagian yang difikirkan sesuai untuk ditoton... insyaALLAH kalau ada masa lapang akan di letak gambar yang lain.. Jumpa lagi di UNDOUKAI tahun hadapan..

Bergambar kenangan dengan cederahati yang diperolehi...


Bendera kebanggaan kita berkibar di lapangan UNDOUKAI 2010

FRUIT PICKING VOL.3 - RINGO PICKING


After every body melepas geram makan budou siap tapau free lagi budou kecik tu.. maka perjalan diteruskan. Kita nak kemana nie Ummi.. tanya anak2.. nak gi petik Ringo pula lepas nie kata Ummi. ASAKURA RINGO-EN tunggu kami...

Apple @ リンゴ

Tempat dituju dah sampai so masing2 dah penat ambik peluang rehat di kedia kek nie dulu. Tempat yang agak menarik maka ahli rombongan ambik peluang la bergambar..

Sementara ummi dan abah solat adik ain dengan member karib dia si aqil-kun sempat lagi main2 dekat kincir air nie. Lensa kamera D90 abah sempat menerjah... ini la gaya spontan ain chan dan aqil kun... peace yang tak berapa nak jadi hahahahah

アイン & アキル

Solat dah.. main dah.. jom kita tengok apa ada kat Ringo-en tu. The most interesting here ni ha... Ringo kecik nie.. boleh la bagi peluang anak-anak petik yang kecik2 ni..


As usual picking-nya tak seberapa tapi posing yang lebih.. Aksi-aksi yang sempat dirakam dengan D90 abah....
アキル

チナ

アイン

Ummi sempat juga nak inter-frame kat sini.. itu pasal muka angah nampak sedih tu gambar dia ada orang inter-frame..

bertiga bersama... ceria di Ringo-en

Ini la antara aksi-aksi solo dan berkumpulan anak2..emmmm.. mana gambar サラ@kakak nie... Dia sibuk main dengan siti anak bro sheikh kita.. jadi tak sempat nak shot gambar dia kat sini..

Macam biasa la ummi pasti tak melepaskan peluang berkasi dengan Ringo yang masih segar dipokok hahaha..

Buah nie nampak jer hijau tapi dah masak nie... rasanya juga cukup manis.

Ini pun nampak jer macam nie.. tak merah sangat but.. bawa balik rumah bila belah dah terasa kerangupan dia. Manis dan rapuh..

teringin juga nak bergambar.. tak kan biar depa saja.. hahahah

Ha.. dah penat dah nie, lunch belum lagi nie..asyik makan buah jer dari tadi. Apa lagi anak2 dah-dah jom balik tahun depan kita pakat mai lagi kalau umur panjang

dah macam pekerja ladang la pula diorang nie...

Sebelum balik sempat juga la bergambar satu family.. semua muka ceria jer sebab dapat makan Ringo, Budou dan Nashi .. Happy family...

Demikian la Episod Fruit Picking 2010.. moga tahun depat diberi kesempatan olehNya untuk kami berpicking lagi. Untuk tatapan semua dihidangkan buah2 yang telah dipetik dalam misi kali ini...

Buah-buahan tempatan...

FRUIT PICKING VOL.2 - BODOU PICKING

Masing-masing dah kenyang makan NASHI kat Bangsal Obasan. Namun perjalanan mesti diteruskan untuk misi seterusnya iaitu nak petik buah BUDOU.. Apa itu buah BUDOU?.. Bagi yang tak tau ... hahah inilah buahnya.

buah-buah yang tergantung yang tak termampu dicapai tangan..

Macam biasa la sampai jer .. dekat farm sure dpt makan free la. Activiti dimulakan setelah semua penat makan.. kalau dikawasan Nashi Farm anak2 tak sempat nak petik sebab hujan.. alhamdulillah kat sini farm ini ada bumbung so activiti memetik diserahkan kepada anak2. dengan harga sekilo 1000 yen maka ummi dan abah hanya menjadi pemerhati dan photographer saja..

Angah memulakan langkah menjadi orang pertama yang picking budou kali nie..

Angah dibantu oleh Obasan

Bang cik menurut langkah Angah untuk memetik buah budou nie.

Obasan masih setia membantu anak2 memetik budou

Sambil-sambil tunggu Ummi dengan kakak dan adik ain yang ke toilet angah dan abg cik sempat bergaya dengan hasil yang diperolehi masing...

Adik ain walau tak sampai kaki pun nak juga mencuba.. kali ini ummi dapat la interframe.. hahah, abah macam biasa asih menjadi photographer yg tak berbayar.. lihat aksi adik ain


Kakak orang yang terakhir memetik budou untuk misi kali ini.. wajah Obasan yg menjadi teka-teki ditonjolkan kali ini.. hahaha abah nak kasi peluang Obasan Interframe la pula.. ummi masih setia tumpang sekaki.

Setelah semua anak2 selesai memetik buah .. aksi bergaya bersama-sama hasil picking diabadikan bersama-sama.

Niat dihati tu nak juga merasa petik buah nie..eemmm tak pa nanti boleh balik petik lagi kat kampung walau tak sebesar mana buahnya... hehehheh

So ummi dengan abah hanya mampu bergambar saja kat sini...

Setelah selesai memetik buah dan abadikan kenangan dikhemah ini, macam biasa abah meneruskan misi zoom sana dan zoomm.. sini untuk mencari hasil yang menarik yang dapat diabadikan dengan Nikon D90...

Seterusnya kami bergerak ke khemah yang lain dalam ladang yang menempatkan budou yang kecil (may be digunakan buat kismiss) tergantung tinggi.. Setelah tangga dibekalkan maka dapatlah kami bergaya disini.. kalau tak ada tangga jangan harap nak dapat capai buah nie..

Ummi, angah dan kakak tak melepaskan peluang untuk bergambar walau pun kakak dengan angah terasa gayat pada mulanya..

ummi terus-terusan bergaya....

angah.... gaya mengoda

sempat lagi kakak nak peace walaupun gayat tu sebenarnya...

Dah penat bergaya dan makan2 budou, now time to weigh semua hasil-hasil picking tadi. masing-masing dah tak sabar macam menunggu pisang goreng jer. Dah habis cerita di Budou Farm JOM kita gerak ke RINGO Farm pula.... MEH kita tengok apa ada di RINGO Farm..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...