Pages

Akhirnya ke Safari..

Bukan niat atau terlintas dalam benak fikiran kami sekeluarga untuk ke African Safari di Oita iaitu sejauh 2 jam perjalanan menaiki kereta dari rumah kami di Shirohama. Hajat asal adalah untuk bersama-sama family Sheikh ke Asakura untuk melihat bunga Cosmos. Tapi apakan daya bunga yang dijangka kembang pada 11 October 2010 itu, tidak seperti yang dirancang.. kita hanya mampu merancang tuhan yang menetukan segalanya.. Memang ramai orang di taman bunga Cosmos milik syarikat minuman KIRIN, dan hampir semua mungkin pulang dengan penuh kekecewaan..

Cosmos berwarna pink yang sempat dirakam

Cosmos putih memang cantik

Pada pengamatan kami, munkin seminggu lagi diperlukan untuk bunga ini kembang sepenuhnya.. untuk misi kali ini pulang lah kami dengan penuh kekecewaan yang bersarang didalam hati...

Ini lah Ummi dan anak2 melangkah longlai untuk pulang .. di belakang tu pokok cosmos dengan bunga yang beberapa kuntum kembang tu.

Jangan biar kan kekecewaan itu berbekas di benak fikiran.. perancangan yang sepontan hasil cadangan Sheikh telah membawa kami merepuh perjalanan yang memakan masa lebih kurang satu jam menuju ke African Safari Oita. Jom kita tengok apa yang menarik kat sana.

Setiba di sana kami berehat sekejap sambil menikmati juadah makanan tengahari yang dibawa. Sambil-sambil tu peluang tidak dilepaskan untuk bergambar.. disini.

Anak-anak bergambar bersama selepas kenyang makan dan menanti si abah membeli tiket untuk menaiki Jungle Bus.. untuk melihat haiwan liar secara lebih dekat.

Ini lah Jungle Bus yang dimaksudkan..

Kami semua terpaksa menunggu lebih kurang 2 jam lagi untuk dapat menaiki bas ini. Kami membuat keputusan untuk masuk terlebih dahulu dengan menaiki kereta sendiri.. jom kita sama-sama meneroka keindahan ciptaan Allah..

Ini fallow.. may be betina kut

African elephant.. ngeri juga bila nak shoot gambar nie

Fallow Jantan.. bersama sekumpulan white rhinoceros

American Bison sedang menikmati makanan.

Grant Zebra .. cantik

Family Giraffe

Cheetah .. nampak tenang jer muka.. tapi berbahaya nie.

Bengal Tiger yang kekenyangan.. itu pasal mata nampak layu jer

Oryx Dammah

Roan Antelope didalam rumput.. malu la konon

Black Buck.. lawa tanduk dia kan

Bactrian Camel

Ostrich

Maka dengan ini berakhirlah penjelajahan kami dengan menaiki kereta.. namun masih terdapat beberapa gambar haiwan yang belum dapat dirakam atas faktor keselamatan.. sementara menunggu Jungle Bus yang lagi 30 minit nak berlepas maka kami bergambar dihadapan jungle bus nie sekali lagi.. dah lengkap satu family boleh la bergambar lagi.

pelbagai aksi depa buat

Ain dan Qaisara

Ini saat kami diatas Jungle bus

Dapat juga shoot si Helang nie.. tapi susah sebab dalam Jungle Bus

Ummi cuba memberi makanan kepada Ursus Americanus.. heheh Beruang la senang sebut sikit

Qaisara juga cuba untuk feeding haiwan2 nie

Sempat juga Ummi tunjuk muka dalam Jungle Bus nie

Perjalanan selama 50 minit dengan menaiki Junggle Bus memang menarik.. tapi nak shot gambar mmg payah la. Dipagari oleh jeriji untuk tujuan keselamatan. Munjur semasa naik kereta dapat rakam beberapa aksi menarik haiwan2 disini..

Sebenarnya masih ada beberapa bahagian kat Oita African Safari nie yang kami tak lawat lagi. tapi masa dah masuk jam 5 petang apabila kami sampai dengan Jungle Bus, jadi semua tempat lain dah tutup. Aktiviti yang boleh kami buat apa lagi bergambar saja la...

Another Family photo dapat diambil..

ummi macam selalu mesti ada solo pose untuk kenangan

Ini sekadar lakonan jer tak leh makan pun ...

Tina nie bear patung berani la main tarik2 telinga..

Sesekali nak juga bergambar sorang2.. asyik ambik gamabr orang saja.

Ummi dan kakak dua2 suka posing

Depa dua nie memang kawan baik

Adik Ain bab ambik gambar mmg dia minat.. itu pasai senyum saja..

Dah samapi ke penghujung cerita kami di African Safari Oita.. macam biasa la last sekali mesti bergambar kenangan punya dengan semua peserta rombongan.

Sweet memory with sheikh family.. @ African Safari
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...