Pages

FUTSAL D'OITA

Dah lama rasanya tak mencoret di blog nie. Nak kata sibuk dengan kerja kat LAB tu tak juga. Tapi boleh dikatakan sepanjang bulan November asyik buat lawatan muhibah sana sini sambil-sambil layan daun pokok kayu yang sedang berguguran. Kali ini nak kongsi la pula pengalaman kami ke Oita yang mengambil masa lebih kurang 2 jam. Bukan cerita baru tapi dah lama. kalau bersalin pun dah lepas pantang dah hahaha. Tanggal 23 October 2010, atas jemputan sahabat-sahabat di Oita secara beramai-ramai kami warga Fukuoka telah bergerak ke Oita. Satu Misi dan satu visi memburu kemenangan ... jom ke OITA layan futsal.
Semua gambar nie dirakamkan oleh Ummi, yang dah pasti tak ambik bahagian dalam pemainan nie.. Let see what happen there from expert photographer..

Kata ummi, adik ain merajuk sebab berebut bola.. sebab tu la muka masam jer tu.

Aqil dengan gaya Ultraman dia. Ok la tu janji muka senyum

Ini gaya bersahaja dari aqil besar dan aqil kecik

Aksi menirap gaya ala-ala dah menjaringkan goal kemenangan.. Yang si angah @ Tina nampak macam duk tangkap belalang jer tu..

Gaya tarian hindustan oleh Sara dan Siti..

Gambar-gambar kat atas tu hanya intro dari phothographer profesional kita.. Main subject kali nie adalah game futsal. Dengan kebolehan yang terpendam beberapa aksi menarik dapat dirakamkan untuk game kali ini. Jom tengok apa aksi-aksi menarik tu..

Pihak lawan membawa bola sambil di perhatikan untuk bertindak oleh team Fukuoka yang dikenali dengan nama Fukuoka Boy... hahahaha

Aksi mengelecek dari saudara kita Sengek (bukan nama sebenar)

Moment yang menarik dari Ummi bila shoot gambar Abah yang bekerja keras menyelamatkan gawang dari dibolosi. Ini la aksi keeper Fukuoka Boy

Ini bukan gambar untuk peraduan teka bola.. Ini lah hasil yang disebabkan jurus tanpa bayang oleh player handalan dari Oita, bola berjaya disembunyikan di sebalik kaki dia.

Ini anak-anak dari team Oita bersama-sama pengasuh sukarela.. sabar yer adik-adik para bapa nak main futsal sat..

Ini aksi makan dan perbincangan strategi bersama saudara Sidqi.. memang best makan dalam cuaca sejuk macam nie.

Ini sebahagian besar makanan yang dibawa oleh para peserta... eemmm sampai tak habis makan la. Ini yang syok kalau ada game macam nie.. main boleh makan pun boleh.

Nasi beriani dengan hujan panas yang dinanti-nantikan oleh peserta.. itu pasal tak larat nak main bola.. makanan sedap-sedap mana boleh dibiarkan macam tu saja.

Inilah ahli persatuan ibu-ibu Hakozaki
Barisan belakang dari kiri: - tak ada orang-
Depan dari kiri: Linda, Nora, Sofea, Ida (Ummi), Liza
Paling depan dari kiri: Firas (anak Nora), Aqil (anak Liza)

Ummi dengan gaya solo.. ini bukan dia yang shoot la.. entah sapa shoot pun tak tau

Ada satu lagi pertandingan pada hari kejadian.. bukan untuk para Okaasan dan Obaasan.. tapi untuk Kodomo chan. Game yang dari mula sampai lagi budak-budak nie duk tanya bila nak mula. Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak. Terima kasih penganjur yang mengadakan pertandingan ini bagi menambahkan lagi kemeriahan. Memang fun la tengok masing-masing sibuk mewarna. Jom la kita tengok aksi depa nie yang sempat dirakam oleh Ummi.

Ain chan begitu tekun mewarna bersama-sama Siti chan. Steady Ain, tak menang tak apa janji siap color tu pun kira ok dah.

Aqil pun sama kalau bab color-color nie memang depa nie suka. Tekun saja buat kerja eemmm boleh menang ka nie???

Ohhh concentrate betul Tina chan mewarna. Buat yang terbaik

Aik sempat possing lagi tu.. macam yakin nak menang jer

Angah apesal hidung tu kembang semacam jer..tengok Ain chan tekun saja mewarna

Ini la saat-saat genting masing-masing focus.. ada yang duk ushar oponent pula tu.. mau curi idea ka adik.

Ini la muka-muka yang berjaya merangkul hadiah.. semuanya dari Hakozaki
Juara: Siti (anak Sheikh & Liza) .. kiri
N/Juara: Sara (anak Abah & Ummi) .. tengah
Tempat ke-3: Alia (anak Hafizal & Sofea) .. kanan

Peserta Futsal bergambar beramai-ramai setelah tournoment kali ini dimenangi oleh adik-adik dari Kumamoto. Syabas pemenang..

Sempat juga bergambar kenang-kenang bagi yang membawa family pada hari bersejarah ini.

Alhamdulillah semua aktiviti berjalan seperti yang dirancang dalam keadaan cuaca yang cukup-cukup baik. InysaALLAH next year Fukuoka akan menjadi tuan rumah.. jumpa lagi tahun hadapan..
BERSUKAN UNTUK KESIHATAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...