Pages

aidilfitri2011

Happyoukai 2010

Assalamualikum.. untuk semua. Moga kita sama-sama mendapat rahmat dari segala usaha yang kita lakukan. Tahun 2010 telah melabuhkan tirainya pada hari jumaat yang lalu. Segala-galanya yang berlaku pada tahun 2010 telah satu lipatan sejarah yang hanya untuk dikenang dan tak bisa diubah oleh mana-mana manusia sekalipun. Kenangan suka dan duka 2010 tetap menjadi kenangan abadi kami sekeluarga. Bagaikan begitu cepat masa berlalu, sehinggakan masih segar diingatan ini tak kala sanak saudara dan sahabat handai mengiringi kami sekeluarga ke KLIA untuk bertolak kebumi Fukuoka ini pada tanggal 4 Oktober 2009.

Tahun 2010 telah menutup tirai dengan satu lagi kenangan buat anak-anak di Fukuoka ini. Pada tanggal 25 Disember 2010, Tina dan Aqil telah menyertai satu persembahan hujung tahun atau pun didalam Nihon-go di panggil Happyoukai (発表会). Happyoukai merupakan acara tahunan dimana-mana Hokuen di Japan nie. Tak terkecuali juga Najima Hokuen tempat dimana Tina, Aqil dan Ain di-didik dan di asuh supaya menjadi orang yang berguna dimasa akan datang. Ikuti berberapa sorotan majlis yang berlangsung pada hari tersebut.

Majlis dimulakan dengan persembahan dari pelajar-pelaajr yang paling senior yang bakal meninggalkan Hokuen ini pada bulan April nanti bagi melanjutkan pengajian di Elementary School. Acara dimulakan dengan lagu Hokuen.

Tina, Siti (baju pink sebelah Tina) dan Aishin (baju pink dibelakang Tina) tiga warga negara Malaysia membuat persembahan.

Persembahan seterusnya diteruskan dengan pelajar tahun akhir bermain Instrument. Tina telah menujukkan bakatnya bermain Tongchaimu.


Sejurus selepas persembehan Instrument semua pelajar mempersembahkan lagu pula.

Persembahan mengikut kelas dimulakan dangan kelas Hijau. Nina (anak Azizuddin) barisan belakang no 5 dari kanan membuat persembahan. Ada juga warga Malaysia didalam kelas ini.

Tina mengambil tempat untuk persembahan seterusnya mewakili kelas Pink. Tina memegang jalur gemilang bendera kebangaan kita warga Malaysia.

Persembahan pertama bermula dengan memperkenalkan bendera negara luar. Bangga bila Tina menyebut Malaysia.. hehehe.

Menyanyi lagi Tina kali ini. Dia memang suka menyanyi

Wah gelek pula Tina.

Next... giliran kelas biru pula. Aqil oh Aqil.. yang hanya tersenyum sahaja kali ini tanpa membuat apa-apa.

Orang lain sibuk menyanyi Aqil tetap maintain tak menyanyi. Bila Ummi tanya kenapa tak menyanyi dia jawap Ang Chik Maluuuuu... hahahaha

Ini la Aqil yang hanya mampu tersenyum tanpa menyanyi.

Persembahan kali ini di akhiri dengan persembahan lakonan oleh semua pelajar tahun akhir. Tina sekali lagi terlibat untuk persembahan kemuncak pada kali ini. Tahun yang lalu Sara tak sertai kerana masih belum pandai nak bercakap dalam Nihon-go. Tina mengambil bahagian sebagai tukang bercerita.

Tina dan rakan-rakan bercerita kepada hadirin yang hadir apa yang berlaku didalam persembahan ini.

Ini lah antara lakonan yang dilakon kan oleh kawan-kawan Tina.

Persembahan diakhiri dengan nyanyian lagi..

Tina dan barisan pelakon yang lain memyampaikan lagu..

Tina yang sentiasa bersemangat membuat persembahan .. Syabas Tina, Ummi dan Abah proud of You.

Sara dan Ain juga hadir memberi sokongan kepada Tina dan Aqil..

Sara dan Ummi

Ain Chan

Bila menghadiri program seperti ini apa yang saya cukup bangga dengan masyarakat Jepun adalah semua ibu bapa dan termasuk datuk dan nenek yang datang beramai-ramai untuk menyaksikan persembahan orang tersayang.

Semoga kenangan ditahun 2010 terus kekal dibenak sanubari kami sekeluarga. Tahun 2011 yang telah mejejaki hari keduanya moga menjanjikan kebahagian buat kami sekeluarga. Semoga apa yang kami sekeluarga lakukan pada tahun ini di restui oleh ALLAH khendaknya.. Ya ALLAH permudahkan segala urusan kami di bumi Fukuoka.. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...